Adakah kita boleh berada dalam keadaan dan kedudukan yang kita miliki pada hari ini?

Adakah kita boleh berada dalam keadaan dan kedudukan yang kita miliki pada hari ini?

SEBAGAI seorang anak, menjadi tanggungjawab kita untuk mentaati dan berbakti kepada kedua ibu bapa.

Namun, tanggungjawab itu bukanlah terbatas ketika mereka masih hidup sahaja tetapi juga apabila mereka sudah tiada lagi di dunia ini.

Terdapat banyak suruhan di dalam al-Quran dan hadis yang memerintahkan agar seseorang anak berbakti atau membuat kebajikan terhadap kedua-dua orang tua mereka, sekalipun ibu bapanya telah meninggal dunia.

Daripada Abu Usaid Malik bin Rabi’ah As-Sa’idi RA berkata: “Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba ada seorang lelaki daripada Bani Salamah datang kepada baginda SAW.

Lelaki tersebut bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah masih ada ruang untuk aku berbuat baik kepada kedua orang tuaku setelah mereka meninggal?.”

Baginda menjawab: “Ya, mendoakan dan memintakan keampunan untuk kedua-duanya, melaksanakan wasiatnya, menyambung jalinan silaturahim mereka dan memuliakan teman mereka.” (Riwayat Abu Dawud, Ibn Majah & Ahmad)

Berdasarkan hadis itu, di antara amalan yang boleh dilakukan oleh seorang anak kepada kedua ibu bapanya yang meninggal dunia adalah berdoa dan memohon keampunan dosa kedua-duanya yang telah membesarkan kita.

Itu amalan yang paling mudah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa termasuk ketika kedua-dua ibu bapa kita masih ada di dunia.

Sedarlah bahawa tanpa keredaan mereka, kita juga tidak akan mendapat keredhaan ALLAH SWT.

Semoga kita akan tergolong dalam golongan yang diredai-Nya.

(Sumber: Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *