ACM, BASF perkasa sektor pertanian

Cheong (lima dari kiri), Ismail (enam dari kiri) dan Lim (tiga dari kanan) bersama tetamu yang hadir dalam majlis tersebut yang diadakan di Pulau Pinang pada Selasa.

Cheong (lima dari kiri), Ismail (enam dari kiri) dan Lim (tiga dari kanan) bersama tetamu yang hadir dalam majlis tersebut yang diadakan di Pulau Pinang pada Selasa.

SHAH ALAM – Dua syarikat kimia pertanian, Agricultural Chemicals (M) Sdn Bhd (ACM) dan BASF (Malaysia) Sdn Bhd (BASF) telah memeterai perjanjian kerjasama strategik pada Selasa untuk memperkasakan sektor pertanian di negara ini.

ACM dalam satu kenyataan berkata, kerjasama itu akan memberi impak positif kepada bidang pertanian di negara ini khususnya industri padi melalui perkongsian teknologi dan kepakaran.

“Mulai November 2023, ACM akan mengendali produk BASF dalam Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) iaitu racun rumpai Basagran M60, Facet SC dan Tepat.

“ACM yang berkemampuan logistik, urusan pembekalan produk dalam SIPP akan menjadi lebih cekap dan petani akan menikmati hasil terbaik daripada nilai yang dilaburkan kerajaan,” jelas kenyataan itu.

Sumber