Abu Hurairah meriwayatkan paling banyak hadis Nabi SAW

Abu Hurairah meriwayatkan paling banyak hadis Nabi SAW

DALAM kebanyakan hadis Rasulullah SAW, Abu Hurairah RA antara tokoh yang banyak meriwayatkan sabda baginda.

Nama sebenarnya adalah Abdul Rahman bin Sakhar al-Dausi menurut pendapat majoriti ulama.

Ketika zaman jahiliah, beliau dikenali dengan nama Abdul Syams.

Bagaimanapun, beliau terkenal dengan gelaran Abu Hurairah atau Abu Hir kerana kecintaannya terhadap kucing.

Beliau memiliki seekor kucing kecil yang selalu dibuat main pada siang hari atau ketika menggembala kambing-kambing milik keluarga dan saudaranya.

Istimewanya, Abu Hurairah RA merupakan sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis sehingga 5,374 buah hadis!

Malah, perkara ini diperakui oleh ahli hadis sendiri yang telah sepakat sesama mereka.

Selain meriwayatkan daripada Nabi SAW, beliau juga meriwayatkan daripada Abu Bakar, Umar, al-Fadhal bin al Abbas, Ubay bin Ka’ab, Usamah bin Zaid, Aisyah, Busrah al Ghifari dan Ka’ab al-Ahbar.

Ada sekitar 800 ahli ilmu dalam kalangan sahabat mahupun tabi’in yang meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah RA.

Menurut pendapat yang terkuat, Abu Hurairah RA meninggal dunia pada 57 Hijrah.

(Sumber: Mustafar Mohd Suki)



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *