PROGRAM LONJAKAN SME COMPETITIVENESS RATING FOR ENHANCEMENT (SCORE) ANJURAN SME CORP. MALAYSIA BANTU PMKS LEBIH BERDAYA SAING

PROGRAM LONJAKAN SME COMPETITIVENESS RATING FOR ENHANCEMENT (SCORE) ANJURAN SME CORP. MALAYSIA BANTU PMKS LEBIH BERDAYA SAING

Program Lonjakan Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan (SCORE) dianjurkan oleh SME Corp. Malaysia, salah satu jabatan di bawah Kementerian Keusahawanan dan Pembangunan Koperasi (KUSKOP). PMKS yang terpilih akan dapat meningkatkan daya saing mereka melalui program ini, terutamanya memandangkan keadaan ekonomi yang sukar yang sedang dihadapi negara pada masa ini.

PMKS yang menyertai program ini akan menerima sesi khidmat nasihat dan latihan secara bimbingan, perkongsian latihan amalan terbaik perniagaan serta penilaian prestasi operasi syarikat.

Menurut YBrs. Encik Rizal bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, tahun ini merupakan tahun ke-15 pelaksanaan penilaian SCORE sejak ianya dibangunkan sendiri oleh SME Corp. Malaysia pada tahun 2007.

Tambah beliau, Fasa Pertama program ini telah disertai oleh 312 PMKS yang dijalankan sejak akhir September 2022. Daripada jumlah tersebut, hanya 80 syarikat yang terpilih akan layak menyertai Fasa Kedua, iaitu Sesi Business Coaching. Di dalam siri pertama, lebih daripada 500 PMKS telah menyertai program ini. 

Menurut Rizal, program Lonjakan SME Competitiveness Rating for Enhancement (SCORE) 2.0 yang dilaksanakan pada hari ini merupakan siri kedua yang dijalankan dan menyasarkan peningkatan penarafan (rating) penilaian SCORE bagi PMKS.

Antara rakan strategik SCORE adalah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF), Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR), Telekom Malaysia (TM), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Northern Corridor Implementation Authority (NCIA).

Sehingga kini, lebih 65,000 penilaian SCORE telah dilaksanakan di seluruh negara oleh SME Corp. Malaysia dan juga melalui rakan strategik SCORE.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah YBrs. Encik Rizal bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia, Tuan Haji Mazlizan bin Haji Mohd Zin, Pengasas Syarikat Dayafasih Sdn. Bhd. serta barisan Pengurusan SME Corp. Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program SME Competitiveness Rating for Enhancement (SCORE), sila layari www.smecorp.gov.my atau email info@smecorp.gov.my atau hubungi 1300 30 6000.