650 juta dewasa di seluruh dunia obes

650 juta dewasa di seluruh dunia obes

SEDARKAH kita bahawa penyakit obesiti telah dialami oleh kira-kira 650 juta dewasa di seluruh dunia? Ia merupakan isu kesihatan awam yang begitu membimbangkan.

Fakta yang menakutkan adalah apabila penyakit obesiti itu boleh mengakibatkan masalah kesihatan serius seperti diabetes jenis 2, kerumitan kardiovaskular, tekanan darah tinggi dan juga kanser.

RICHARD (dua dari kanan) melancarkan Saxenda di Hotel Aloft baru-baru ini.

RICHARD (dua dari kanan) melancarkan Saxenda di Hotel Aloft baru-baru ini.

Menurut Pakar Runding Endokrinologi, Hospital Putrajaya, Dr Zanariah Hussein, rentetan penyakit senyap itu, ia sekali gus mampu menjejaskan kualiti hidup dan memendekkan jangka hayat seseorang.

“Apapun sebenarnya, sesiapa yang hidup dengan obesiti tapi berjaya mengurangkan hanya lima hingga 10 peratus daripada berat badan, akan dapat meningkatkan tahap kesihatan dengan ketara,” katanya.

Dr Zanariah memberitahu demikian semasa pelancaran Saxenda (liraglutide 3.0 mg) oleh Novo Nordisk bertempat di Hotel Aloft, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut hadir ialah Pakar Runding Endokrinologi, Klinik Diabetes dan Endokrinologi C-ENDO, Kanada, Dr Sue Pedersen.

Dr Sue menjelaskan dengan pelancaran Saxenda, penjagaan kesihatan lebih profesional apabila mempunyai pilihan alternatif untuk membantu pesakit mengurangkan berat badan dan penyakit yang berkaitan di peringkat awal.

Menurutnya, Saxenda ialah ubat preskripsi diluluskan oleh Kementerian Kesihatan digunakan bersama diet kalori rendah dan peningkatan aktiviti fizikal untuk pengurusan berat badan jangka panjang dalam kalangan pesakit dewasa yang mengalami obesiti dan penyakit berkaitan berat badan.

“Dengan mengaktifkan bahagian tertentu otak yang mengawal selera, Saxenda meningkatkan rasa kenyang dan puas, lantas menyebabkan pengurangan pengambilan kalori dan penurunan berat badan.

“Empat kajian klinikal skala besar melibatkan lebih 5,000 pesakit telah dijalankan untuk menilai keberkesanan Saxenda dalam pengurangan berat badan,” terang Dr Sue.

Sementara itu, Naib Presiden dan Pengurus Besar (Malaysia, Singapura, Brunei, Sri Lanka dan Maldives), Novo Nordisk Pharma (M) Sdn Bhd, Richard Abela juga berharap Saxenda dapat membantu seseorang menikmati kualiti kehidupan lebih baik.

“Dengan Saxenda, Novo Nordisk dengan sukacita menawarkan pilihan rawatan yang terbukti secara klinikal,” katanya.

Menurut Abela, pelancaran produk itu di Malaysia menandakan mercu dan komitmen jangka panjang Novo Nordisk untuk meningkatkan kehidupan insan yang menghidap penyakit kronik seperti obesiti.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *