50 Golden Finites tampil koleksi lukisan emas mewah

50 Golden Finites tampil koleksi lukisan emas mewah

SHAH ALAM – Galeri Aureo menerusi 50 Golden Finites telah mempamerkan koleksi eksklusif lukisan emas mewah bernilai sehingga AS$2 juta atau RM8.76 juta di Selangor pada 27 hingga 29 Mei lepas.

Galeri Aureo dalam satu kenyataan berkata, 50 Golden Finities mempamerkan karya satu-satunya artis yang melukis dengan menggunakan emas 24 karat seluruh dunia, Kim Il Tae.

“Galeri Aureo, galeri seni Malaysia yang mewakili Kim secara eksklusif, menganjurkan pameran tersebut. Karya agung Kim di pameran tersebut bertujuan untuk memikat pengumpul dan prospek seni berprestij Aureo Gallery.

“Sebanyak enam daripada lukisan emas klasik Kim akan dipamerkan di Boathouse, disertai dengan unjuran dan persembahan cahaya yang mempesonakan. Lukisan yang lebih kecil seperti ‘Golden Horse’ dan ‘Tree of Abundance’ juga akan dipamerkan di Glasshouse,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, dua jenama terkenal juga ditampilkan bersama pameran itu termasuk pengeluar kamera mewah Leica, dan pengedar Mercedes-Benz, Hap Seng Star.

“Leica mempersembahan produk-produknya dan menganjurkan bengkel fotografi. Hap Seng Star akan memaparkan S-Class dan menawarkan pandu uji EQA kepada pelanggan setia mereka.

“Galeri Aureo juga berusaha untuk memberi kembali kepada komuniti tempatan,” kata kenyataan itu.

Di bawah program Aureo Empowerment Movement, sebahagian daripada jualan lukisan emas Kim akan diberikan kepada pertubuhan amal, termasuk Fugee School, Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia dan A-HEART.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Sumber