5 tip peti ais kemas, bersih

5 tip peti ais kemas, bersih

SEGMEN JOM MASUK DAPUR minggu ini berkongsi lima tip utama bagi memastikan peti ais anda sentiasa dalam keadaan kemas, bersih dan tersusun.

1) Cuci peti ais sekali seminggu sekali menggunakan kain bersih dan semburkan air yang dicampur cuka bagi menghilangkan kesan kotoran dan bau kurang menyenangkan.

2) Selepas proses mencuci, ambil tiga helai daun pandan, ikat dan letak di dalam peti ais untuk mendapatan aroma yang harum.

3) Bagi memudahkan proses mengambil barang susun bahan-bahan mengikut rak sebagai contoh telur diletakkan di bahagian paling atas tepi pintu ais kerana ia mudah pecah.

4) Produk dalam bentuk pek atau tin yang telah dibuka elok dipindahkan ke dalam bekas atau botol kaca. Elak simpan tin atau pek asal di dalam peti kerana bimbang berkulat.

5) Asing atau potong sayur mengikut saiz pilihan sebelum disimpan di dalam bekas beralaskan tisu lembap. Cara ini membantu mengelakkan sayur-sayuran menjadi lembik dan cepat rosak.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *