400 peserta dijangka sertai World #QuranHour di Pulau Pinang

400 peserta dijangka sertai World #QuranHour di Pulau Pinang

Seramai 300 hingga 400 peserta dijangka menyertai World #QuranHour peringkat Pulau Pinang yang akan diadakan di Masjid Jamiul Sharif Pokok Machang, Tasek Gelugor pada Khamis ini. - Foto fail

Seramai 300 hingga 400 peserta dijangka menyertai World #QuranHour peringkat Pulau Pinang yang akan diadakan di Masjid Jamiul Sharif Pokok Machang, Tasek Gelugor pada Khamis ini. – Foto fail

GEORGETOWN – Seramai 300 hingga 400 peserta dijangka menyertai sambutan World #QuranHour peringkat Pulau Pinang yang akan diadakan di Masjid Jamiul Sharif Pokok Machang, Tasek Gelugor pada 13 April ini.

Penyelaras Rumah Ngaji Pulau Pinang, Zaiton@Zariyah Abdullah berkata, persiapan untuk sambutan itu sudah masuk peringkat akhir.

“Penganjuran sambutan World Quran Hour 2023 peringkat Pulau Pinang tahun ini dijangka meriah dengan sasaran penyertaan sehingga 400 orang.

“Sebanyak 53 Rumah Ngaji di negeri ini akan menjayakan Kempen World #QuranHour yang akan mengangkat Surah Al-Insan pada kali ini.

“Tadabbur Surah Al-Insan akan dipimpin oleh Mudir Madrasah Al-Quran Wal Arabiyyah, Ustaz Ahmad Fahmi Abu Bakar manakala bacaan al-Quran secara beramai-ramai akan dipimpin oleh pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Ustaz Abu Bakar Ahmad,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau menambah, penganjuran kali ini turut menyediakan pemberian duit raya kepada 20 anak yatim yang tinggal di sekitar Tasek Gelugor dan Kepala Batas.

Menurutnya, selain wang tunai RM50, kesemua anak yatim akan menerima sumbangan lain iaitu kelengkapan sekolah.

“Program akan dirasmikan Ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang juga Presiden Universiti Antarabangsa Albukhary, Profesor Emeritus Datuk Abdul Aziz Tajuddin. Kita juga akan mengadakan majlis tahlil ringkas oleh Ustaz Mohd Zubir Din.

“Program kali ini juga ada menyediakan tema iaitu putih namun ia tidak diwajibkan,” katanya.

Sumber