40 peserta SPK Hab Pendidikan Tinggi Pagoh sertai World #QuranHour

40 peserta SPK Hab Pendidikan Tinggi Pagoh sertai World #QuranHour

MUAR – Program World #QuranHour yang diadakan serentak di seluruh negara pada Khamis, turut disertai 40 peserta dari Seksyen Projek Khas (SPK) Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Program tersebut yang berlangsung di Surau Kemudahan Gunasama Hab Pendidikan Tinggi Pagoh itu dimulakan pada jam 10.30 pagi dengan majlis khatam al-Quran dan disusuli dengan program World #QuranHour pada jam 12 tengah hari.

Penyelaras program, Masfarah Ain Md Zin berkata, inisiatif itu dibuat untuk turut sama mempromosikan budaya membaca al-Quran kalangan kakitangan organisasi itu.

“Bagi menjayakan program ini, urusetia kita iaitu Muhammad Arif Najmi Mansor dan Unit ICT membantu dengan memancarkan LCD daripada Facebook Live dan peserta bersama-sama membaca, menghayati terjemahan dan bertadabbur Surah al-Mulk.

“Alhamdulillah, walaupun penyertaan dihadkan kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP), tapi sambutannya tetap meriah,” katanya kepada Sinar Harian.

Hadir sama, Pengarah SPK Hab Pendidikan Tinggi Pagoh KPT, Khairil Anuar Karim; Timbalan Pengarah, Dr Siti Zubaidah Abu Bakar dan Ketua Unit Sumber Maklumat dan Rujukan,

Pada majlis itu, turut berlangsung penyerahan cenderahati al-Quran oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.

Sumber